Tawau Lengang Di Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan Dikuatkuasa

Memandangkan hari ini merupakan hari pertama bagi Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia selama 14 hari bermula hari ini hingga 31 Mac 2020. Perkara ini disempurnakan untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Ramai yang berkongsi foto dan video keadaan selepas diperintah untuk mengurangkan pergerakan dan ramai di antara mereka yang dibenarkan bekerja dari rumah.

Apa yang kita lihat, keadaan lenggang di beberapa bandar termasuklah di Tawau.

Menerusi perkongsan Facebook 8Channel menunjukkan beberapa keping gambar hari pertama menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan di beberapa tempat ‘familiar’ di sekitar Bandar Tawau, Sabah.

Tahniah diucapkan kepada seluruh majikan, pekerja dan penduduk Tawau kerana memberikan kerjasama di atas Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan untuk mengelak daripada penularan wabak Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *