Bandar Sandakan Lengang Di Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan Dikuatkuasa

Keadaan dibeberapa kawasan sekitar Bandar Sandakan – Foto Ihsan Aman Thomas

Memandangkan hari ini merupakan hari pertama bagi Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia selama 14 hari bermula hari ini hingga 31 Mac 2020. Perkara ini disempurnakan untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Ramai yang berkongsi foto dan video keadaan selepas diperintah untuk mengurangkan pergerakan dan ramai di antara mereka yang dibenarkan bekerja dari rumah.

Apa yang kita lihat, keadaan lenggang di beberapa bandar termasuklah di Bandar Sandakan.

Menerusi perkongsian Facebook Aman Thomas menunjukkan beberapa keping gambar hari pertama menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan di beberapa tempat ‘familiar’ di sekitar Bandar Sandakan, Sabah.

Tahniah diucapkan kepada seluruh majikan, pekerja dan penduduk Sandakan kerana memberikan kerjasama di atas Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan untuk mengelak daripada penularan wabak Covid-19.

Keadaan dibeberapa kawasan sekitar Bandar Sandakan – Foto Ihsan Aman Thomas
Keadaan dibeberapa kawasan sekitar Bandar Sandakan – Foto Ihsan Aman Thomas
Keadaan dibeberapa kawasan sekitar Bandar Sandakan – Foto Ihsan Aman Thomas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *