TERKINI: Sebanyak 57 Kes Positif Covid-19 Direkodkan Di Sabah

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 11 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini meningkat kepada 57 kes setakat hari ini.

Menteri Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon melalui laman sosial Facebook beliau memaklumkan, 11 kes itu merupakan tambahan kepada 49 kes positif Covid-19 yang direkodkan semalam.

Menurut laporan itu, Lahad Datu merekodkan jumlah kes positif tertinggi setakat ini dengan 15 kes, diikuti dengan Tawau 11 kes dan Kota Kinabalu sembilan kes.

Manakala, lima kes di Kinabatangan, empat kes di Tuaran dan Sandakan, dua kes masing-masing di Kunak, Putatan dan Beaufort. Satu kes masing-masing di Kota Belud, Papar dan Sipitang.

Pada hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan terdapat sebanyak 125 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 553 kes termasuk 42 kes yang telah sembuh.

Sebahagian besar kes baharu ini berkaitan dengan kes kluster Perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Daripada keseluruhan 553 kes, 511 masih dirawat termasuk di unit rawatan rapi (ICU) manakala 42 lagi pesakit sudah sembuh.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.390879946236/10156828564376237/?type=3&theater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *