Polis Nafi Ada Sekatan Masuk Lahad Datu

Nasri Mansor

KOTA KINABALU: Polis menafikan dakwaan kononnya laluan masuk ke Lahad Datu disekat selepas kes Covid-19 disahkan di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, mesej yang tersebar menyatakan tentang dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Semuanya hanya pembohongan, tolong jangan percaya dan sebarkan mesej seperti itu,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, situasi di Lahad Datu normal dan terkawal.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya seorang lelaki yang dirawat di Hospital Lahad Datu telah melarikan diri.

“Tiada kebenaran tentang dakwaan itu,” katanya.

Perkembangan terbaharu hari ini menyaksikan 49 kes positif Covid-19 direkodkan dengan pertambahan sebanyak 23 kes.

Lahad Datu merekodkan kes positif terbanyak iaitu 14 kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *