Pertandingan Ratu Cantik Takad Nabalu Ditunda

KOTA KINABALU: Pertandingan akhir Miss Takad Nabalu Ambassador 2020 yang sepatutnya dijadualkan 21 Mac ini di International Technology & Commercial Centre (ITCC), Penampang ditangguhkan ekoran penularan wabak COVID-19.

Pengerusi penganjur Jainetha Stephen berkata langkah itu telah diambil selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sebelum ini mengeluarkan cadangan agar semua perhimpunan besar perlu dihentikan atau ditangguhkan bagi mencegah penularan wabak berkenaan.

“Maka dengan itu Pertubuhan Kebajikan Takad Nabalu dengan ini memutuskan Program Majlis Makan Malam Sempena Pertandingan Miss Takad Nabalu Ambassador 2020 pada 21 Mac ini ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata penangguhan acara berkenaan diambil sebagai salah satu langkah untuk mengatasi wabak besar COVID-19 yang mana setakat ini sebanyak 49 kes telah disahkan positif di Sabah.

“Penangguhan ini amat dikesali tetapi demi menjamin keselamatan dan kesihatan, kita kena akur nasihat dari KKM dan Patuh kepada arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik, bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.

Berikutan penularan wabak berkenaan, Kerajaan Negeri Sabah turut mengeluarkan kenyataan agar Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai yang melebihi 50 orang hendaklah ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID 19.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan turut mengeluarkan arahan agar semua program, aktiviti, persidangan, perhimpunan dan mesyuarat agung pertubuhan perlu ditunda hingga 30 Jun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *