Wanita Melecur 60 Peratus Di Badan Dalam Kebakaran Di Kudat

Pasukan bomba memadam kebakaran membabitkan kebakaran rumah di Kampung Gumandang, Kudat. – Foto Bomba Kudat

KUDAT: Wanita warga emas melecur di badan selepas rumahnya di Kampung Gumandang, Jalan Tajau, di Kudat, terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian 5 pagi itu, mangsa Olok Ogoim, 83, dilaporkan melecur 60 peratus di bahagian badannya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan 5.15 pagi dan menghantar lapan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat.

Pasukan bomba memadam kebakaran membabitkan kebakaran rumah di Kampung Gumandang, Kudat. – Foto Bomba Kudat

Katanya, turut membantu operasi ialah lapan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Air.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah yang terbakar sepenuhnya dan api dapat dikawal 6.19 pagi.

“Seorang mangsa warga emas melecur 60 peratus di bahagian badan. Mangsa diselamatkan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya, hari ini.

Menurutnya, pasukan EMRS memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum dia dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *