TERKINI: Sabah Catat 11 Kes Terbaharu Covid-19, Menjadikan Keseluruhan 26 Kes

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 11 kes baharu bagi individu disahkan positif Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri ini mencecah 26 kes setakat hari ini.

Kesemua 11 kes itu merupakan tambahan kepada 15 kes positif Covid-19 yang direkodkan semalam.

Semalam, kesemua 15 kes yang direkodkan merupakan peserta yang mengikuti Perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari hingga 3 Mac lalu.

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, kes positif di Sabah ini merupakan antara 41 kes membabitkan peserta perhimpunan tabligh yang direkodkan di seluruh Malaysia sehingga kini.

Untuk hari ini, Malaysia merekodkan 41 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini mencecah 238 kes termasuk 35 kes yang telah sembuh.

Sebahagian besar kes baru ini berkaitan dengan kes kluster Perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *