TERKINI: 3 Kes Positif Covid-19 Direkodkan Di Sabah

KOTA KINABALU: Kes positif Covid-19 di Sabah difahamkan sudah mencecah tiga kes masing-masing satu di Tawau, Papar dan Kota Kinabalu.

Kes pertama direkodkan di Tawau membabitkan lelaki berusia 58 tahun dan kes kedua difahamkan di Papar melibatkan lelaki berusia 42 tahun.

Manakala, maklumat mengenai kes ketiga di Kota Kinabalu masih belum diketahui.

Bagi kes pertama dan kedua, kedua-dua pesakit merupakan jemaah yang menyertai Perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari hingga 1 Mac.

Dalam kes pertama, Menteri Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon mengesahkan pesakit berkenaan positif Covid-19 dan ditempatkan di Hospital Tawau sejak 10 Mac untuk rawatan selanjutnya.

Kes kedua difahamkan membabitkan pesakit yang berasal dari Kampung Benoni, Papar yang kini sudah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan selanjutnya.

Sumber: BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *