Penumpang Satu Penerbangan Bersama Jemaah Tabligh Dari Seri Petaling Diminta Tampil Buat Saringan Covid-19

PENUMPANG KAPAL TERBANG SATU PENERBANGAN JEMAAH TABLIGH DARI SERI PETALING (3 HINGGA 7 MAC) DIMINTA TAMPIL BUAT SARINGAN COVID-19

TAWAU; 13 MARCH 2020 (Jumaat) – Pejabat Kesihatan Tawau terus giat mencari dan manghubungi mereka yang masih belum membuat saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Tawau.

Demikian gesaan Pegawai Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau, Dr G Navindran kepada Jemaah Tabligh yang menyertai Istimak (Perhimpunan) di Masjid Jamek Seri Petaling yang masih belum berbuat demikian selain turut giat mengenalpasti dan menghubungi penumpang-penumpang penerbangan yang sama dengan Jemaah-jemaah berkenaan bermula 3 hingga 7 Mac 2020.

Katanya, pihaknya kini hanya mengenalpasti lebih 170-jemaah yang berasal dari Tawau dan selebihnya dari Kunak dan Semporna, selain itu ada dikalangan mereka berasal dari Tawau yang menyertai perhimpunan berkenaan terus ke Indonesia dan belum membuat saringan dengan pihak Kesihatan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita RTM di Pejabatnya di Tawau.

Jelasnya, langkah yang patut diambil pihaknya ialah mengeluarkan surat kuarantin dalam rumah kepada mereka bagi pihak kesihatan memantau dengan lebih menyeluruh.

Dr Navindran turut mengarahkan semua program-program besar di Tawau ditangguhkan sehingga gejalah Covid-19 pulih sepenuhnya di Daerah ini.

Ia termasuk program ziarah rumah ke rumah Jemaah tabligh terutama mereka yang telah diberikan surat kuarantin 14 hari oleh pejabat kesihatan Tawau sehingga wabak Covid-19 selesai.

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *