Harga Runcit Minyak Turun Lagi, Ron95 Jatuh RM1.82 Seliter Bermula 14 Mac 2020

Kementerian Kewangan Malaysia hari ini menerusi kenytaan media mengumumkan harga runcit bagi produk petroleum bagi tempoh 14 Mac 2020 sehingga 20 Mac 2020.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 14 Mac 2020 sehingga 20 Mac 2020 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 9 sen seliter iaitu daripada RM2.19 seliter kepada RM2.10 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 turun sebanyak 7 sen seliter iaitu daripada RM1.89 seliter kepada RM1.82 seliter; dan
  3. harga runcit diesel turun sebanyak 9 sen seliter iaitu daripada RM1.96 seliter kepada RM1.87 seliter.

Ketidaktentuan harga minyak mentah dunia pada masa ini dipengaruhi oleh ketidaksefahaman pengeluaran antara negara-negara pengeluar minyak utama dunia serta wabak Covid-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global.

Sebagai langkah untuk menstabilkan turun naik harga minyak kepada pengguna dan pada masa yang sama untuk mengimbangi ketidaktentuan hasil minyak kepada Kerajaan, harga runcit bagi kedua-dua produk petrol RON95 dan diesel diturunkan masing-masing kepada paras RM1.82 seliter dan RM1.87 seliter.

Di samping itu, Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara terutama dalam menangani peningkatan kos sara hidup kesan daripada kenaikan harga.

Sumber: Kementerian Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *