COVID-19: 175 Kes Positif Setakat Ini – PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat khas mengenai COVID-19 di Bangunan Perdana Putra hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebanyak 175 kes positif COVID 19 direkodkan Kementerian Kesihatan sehingga kini.

Beliau berkata, dengan trend kes sedia ada, wabak ini dijangka berterusan untuk tempoh masa yang agak lama dan tidak akan berakhir dalam jangka waktu yang terdekat.

Katanya, sebagai persediaan menghadapi situasi yang lebih serius, kerajaan akan terus mempertingkatkan pelaksanaan saringan di pintu masuk antarabangsa, menjalankan sekatan perjalanan dari negara terbabit dan menyediakan laluan khas untuk pelawat dari negara terbabit.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *