Bekalan Face Mask Di Tawau Habis – KPDNHEP

Antara pengguna Facek Mask Di Tawau

TAWAU; 13 MARCH 2020 (Jumaat) : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Tawau mengesahkan bekalan Face Mask di seluruh premis dan farmasi di Tawau telah habis.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Tawau, Aslani Dabi dalam kenyataan medianya berkata, bekalan itu habis sejak pertengahan Februari lepas.

Pihak berkuasa KPDNHEP memantau Farmasi Di Derah Tawau – Foto BESTAWAUFM

Beliau berkata, pihak premis memaklumkan bahawa sehingga kini, bekalan yang dipesan belum diterima.

Justeru, KPDNHEP turut mengambil langkah menghubungi KPDNHEP Kota kinabalu dan Putrajaya agar pembekal dapat membekalkan bekalan yang mendapat permintaan tinggi di Tawau pada masa ini.

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *