Covid-19: Sabah Kes Pertama Positif Dikesan Di Tawau

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan kes positif coronavirus (Covid-19) pertama membabitkan salah lelaki berusia 58 tahun yang merupakan peserta yang baharu pulang dari menyertai himpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari hingga 3 Mac.

Menteri Kesihatan & Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon berkata, pesakit yang positif Covid-19 ini ditempatkan di Hospital Tawau sejak 10 Mac bagi rawatan selanjutnya.

Beliau berkata, setakat ini terdapat 212 kes pesakit yang disyaki (PUI) dengan 180 sampel telah diambil. Daripada jumlah itu, satu kes disahkan positif dan 179 sampel adalah negatif Covid-19.

Frankie berkata, selebihnya 32 kes lagi tidak diambil sampel kerana tidak memenuhi syarat PUI.

Kesemua 180 kes itu membabitkan individu berusia dua hingga 69 tahun.

Beliau mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, 50 adalah warga China, 150 warga Malaysia dan selebihnya masing-masing warga Filipina, Jordan, Myanmar, Bangladesh, Korea, Hong Kong, Jepun dan Amerika Syarikat.

Setakat ini, 52 notifikasi diterima iaitu di Keningau (2), Kota Kinabalu (32), Lahad Datu (2), Pitas (4), Tuaran (7), Tawau (1) dan Putatan (4). Kesemua mereka disahkan negatif Covid-19.

Frankie turut menasihatkan menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan penjagaan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih; menggunakan sanitizer sekiranya tiada air; memakai penutup hidung dan mulut; dan elakkan daripada berada di tempat yang sesak dan perhimpunan yang disertai ramai orang.

“Sekiranya mempunyai gejala demam, kesukaran bernafas, batuk dan selsema, anda dinasihatkan pergi ke hospital kerajaan berhampiran untuk rawatan.

“Jika anda mempunyai kontak dengan pesakit PUI atau mereka yang baru pulang dari negara-negara yang terjejas Covid-19, pastikan anda menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari,” katanya.

SumbeR: BorneoToday

https://www.facebook.com/FrankiePoonMingFung/photos/a.872069949638762/1433798366799248/?type=3&theater

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *