Tewaskan Sabah, Pahang Raih Tiga Mata Pertama

KUANTAN: Pahang mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super selepas menewaskan Sabah 2-0 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.

Pada dua perlawanan sebelum ini, skuad kendalian Dollah Salleh 2-1 di tangan Selangor dan 3-2 kepada PJ City FC.

Pemain Pahang, Herold Mark Goulan (dua, kiri) berjaya menewaskan penjaga gol Sabah, Wan Muhammad Azraie pada perlawanan Liga Super 2020 di Stadium Darul Makmur, malam ini. – Foto BERNAMA

Namun, kemenangan itu sudah pasti menyuntik kembali semangat pemain Tok Gajah yang dikecewakan hasil jaringan di hujung perlawanan oleh pasukan lawan.

Pada perlawanan itu, tuan rumah yang terdesak memburu kemenangan mempertaruhkan Ivan Carlos dan Mohamadou Sumareh untuk mengetuai jentera serangan.

Hasilnya, minit ke-21, Carlos menjaringkan gol pendahuluan selepas menerima hantaran Sumareh yang tidak dikawal.

Enam minit sebelum tamat separuh masa pertama, Sumareh hampir menjaringkan gol kedua buat skuad Tok Gajah tetapi bola rembatannya berjaya ditepis penjaga gol Sabah, Wan Azraei Wan Teh.

Bersambung babak kedua, tuan rumah tidak menunggu lama untuk menambah gol kedua apabila pemain pertahanan import, Herold Goulon mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas Wan Azraie menjatuhkan Carlos di dalam kotak penalti pada minit ke-50.

Bagi Sabah, tiada percubaan berbahaya dimiliki dalam usaha memberi tekanan kepada tuan rumah terutama pada separuh masa pertama sebaliknya akur tanpa sebarang mata.

Kejayaan menewaskan Sabah sudah cukup melegakan Dollah yang sebelum ini meluahkan kekecewaan dengan prestasi anak buahnya.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *