Pasaraya Di Jalan Labuk Musnah Terbakar

Pasaraya di Batu 3 Jalan Labuk terbakar.

SANDAKAN: Sebuah pasaraya di Batu 3 Jalan Labuk di sini musnah dalam kebakaran yang berlarutan selama kira-kira lapan jam, malam kelmarin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan, Pegawai Bomba (PegB) Martin Thomas berkata pihaknya telah menerima panggilan kebakaran sebuah bangunan kedai lebih kurang jam 11.39 malam kelmarin.

 Pihak bomba masih memadam kebakaran bangunan pasaran itu.
Pihak bomba masih memadam kebakaran bangunan pasaran itu.

Martin berkata kebakaran dapat dikawal lebih kurang jam 7.43 pagi dan setakat ini pihaknya masih memadam air di dalam bangunan berkenaan.

“Pihak bomba yang diketuainya bersama 23 anggota serta dua pegawai telah bergegas ke lokasi kebakaran,” katanya ketika ditemui di lokasi kebakaran.

Beliau berkata pihaknya menggunakan empat buah jentera bomba, sebuah lori tangki air dan tiga kenderaan.

“Pihaknya telah menghadapi masalah tekanan air melalui pili bomba dan bomba menghubungi Jabatan Air bagi menyalurkan serta menguatkan tekanan air di kawasan kebakaran,” katanya.

Martin memberi tekanan air rendah masih berlaku dimana pihaknya terpaksa mengambil tindakan bagi mengambil air di pili bomba di Balai Bomba Sandakan yang terletak lebih kurang 500 meter dari lokasi kebakaran.

“Pihaknya menggunakan empat pancutan air bagi memadam kebakaran bangunan kedai terbabit,” katanya.

Beliau berkata pihaknya terpaksa menolak kenderaan yang diletakkan di hadapan bangunan kedai itu bagi mengelakkan terbakar.

“Tiada kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan dilaporkan dalam kebakaran terbabit,” katanya.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan pihak bomba. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *