Covid-19 ‘Lebih Gemar’ Lelaki

Beijing: Golongan wanita dilihat ‘lebih kuat’ menghadapi Covid-19 namun, berdepan masalah kemurungan, kebimbangan dan insomnia.

Virus berkenaan juga didapati menyebabkan kurang simptom serius dan kurang mengakibatkan kematian di kalangan wanita berbanding lelaki, menurut dua kertas penyelidikan yang dihasilkan doktor yang bertugas di kawasan wabak, Wuhan.

Namun, ia masih belum mendapat penilaian rakan setara.

South China Morning Post melaporkan, berdasarkan satu kajian terhadap lebih 1,000 pesakit di China, penyelidik mendapati lelaki mengalami kesan lebih teruk dengan 70 peratus risiko kematian berbanding wanita.

Malah, ia juga mendapati virus berkenaan menjejaskan lelaki berusia yang mempunyai penyakit kronik dan boleh mengakibatkan penyakit berkaitan pernafasan.

Kertas kajian berkenaan dihasilkan penyelidik dari Wuhan Union Hospital dan Beijing Tongren Hospital yang dihantar kerajaan China ke Hubei untuk membantu mengawal epidemik berkenaan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *