Goreng Telur Atas CPU

Telur digoreng atas CPU komputer.

JAPUN: sentiasa menjadi sumber berita pelik dan idea hebat dengan yang terbaharu membabitkan seorang YouTuber negara itu menunjukkan aksi memasak pelbagai jenis makanan di atas plat panas unit pemprosesan komputer (CPU).

Oddity Central melaporkan lelaki terbabit membuktikan langkah itu berhasil selepas memuat naik video memasak bermula dengan telur rebus kepada telur goreng hingga daging wagyu dan donut kecil.

Difahamkan, dia sudah memasak dengan ‘dapur’ itu sekurang-kurangnya selama enam tahun, namun kualiti videonya yang bertambah baik akhir-akhir ini, menjelaskan kenapa baru sekarang ia banyak dikongsikan di sosial media.

Menerusi salurannya yang diterjemahkan Google sebagai Samurai Channel, turut dimuatkan video menunggang dan perkhemahan, tetapi video memasak di atas CPU paling banyak ditonton.

Ada antara video itu mendapat lebih 100,000 tontonan, satu pencapaian tinggi jika dibandingkan jumlah pengikutnya yang hanya 8,000 orang. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *