AirAsia Tawar 6 Juta Tempat Duduk Promosi

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah utama Asia, AirAsia, menawarkan sebanyak enam juta tempat duduk promosi, termasuk tempat duduk dengan kadar sifar, ke pelbagai destinasi popular di Malaysia dan luar negara.

AirAsia berkata, pelanggan boleh menikmati tempat duduk promosi untuk perjalanan mulai 8 Mac 2020 hingga 1 Julai 2021.

“Tempahan dibuka kepada orang ramai dari 9 Mac hingga 15 Mac, 2020, manakala tempahan untuk ahli BIG dan BigPay bermula 8 Mac,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, ahli BIG boleh menikmati penerbangan domestik dengan diskaun dari serendah RM12 satu hala untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Langkawi, Alor Setar dan Kota Bharu.

Ahli BIG juga boleh menikmati kadar serendah RM71 satu hala untuk perjalanan dengan AirAsia X dari Kuala Lumpur ke destinasi di luar negara, termasuk Fukuoka, Seoul dan Gold Coast.

Selain Jepun, Korea Selatan dan Australia, destinasi antarabangsa di bawah promosi itu termasuklah Thailand, Indonesia, Kemboja, Vietnam, India dan Taiwan.

Sementara itu, tempat duduk percuma boleh didapati apabila menempah pakej SNAP (penerbangan dan hotel) dari RM129 seorang.

Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan, berkata AirAsia memahami sentimen semasa pelanggannya dan ia menyediakan peluang yang mencukupi kepada orang ramai untuk menempah lebih awal bagi percutian yang berpatutan dengan tempoh perjalanan sehingga Julai 2021.

“Cara terbaik untuk merebut kadar terendah dan tawaran perjalanan dengan nilai terbaik ialah merancang dan menempah awal dengan BIG Sale 2020 terkini ini,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *