(VIDEO) Usahawan Kosmetik Pukul Anak Angkatnya Menggunakan Kasut – Pembantu Rumah

Kini tersebar pula gambar dan video anak angkat kepada usahawan kosmetik terkenal yang disyaki dipukul hanya kerana mahu merakam gelagatnya menangis. 

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pembantu rumah warganegara Indonesia berusia 34 tahun itu, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan sekerjanya sebelum dia dipanggil oleh suspek masuk ke dalam bilik kasut.

“Dato **** ***** dtelah memukul anak angkat beliau menggunakan tangan di muka, semasa beliau ingin merakam video live YouTube kerana anak angkat beliau menangis. 

“Selepas kejadian itu, Dato telah memanggil saya untuk masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkat beliau. Dato juga telah menyuruh saya memukul anak angkat beliau tetapi saya tidak mahu kerana takut terjadi apa-apa. 

“Selepas itu, Dato sendiri telah memukul anak angkatnya menggunakan kasut di badan dan telah mencubitnya sehingga meninggalkan kesan,” katanya dalam laporan tersebut. 

Difahamkan, pengadu kini sedang mendapatkan perlindungan dari pihak Kedutaan Indonesia kerana bimbang dia dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ oleh suspek. 

Berdasarkan video bukti yang dikongsikan, terdapat kesan lebam di bahagian pinggang kanan mangsa yang melecet dipercayai dicubit oleh suspek. 

https://www.facebook.com/bunga.aprell/videos/2875203579262599/


Sumber: Bunga Aprell

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *