‘Jangan Memperdayakan Orang Ramai’ – Siti Nurhaliza

Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak mahu peminat tertipu dengan hebahan konsert palsu. – Foto Instagram CTDK

‘JANGAN PERDAYA PEMINAT’

KUALA LUMPUR: “Tolong jangan memperdayakan orang ramai,” demikian pinta Datuk Seri Siti Nurhaliza terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mengumumkan namanya sebagai salah seorang penyanyi dalam sebuah konsert di Sabah.

Memuat naik poster konsert dalam Instagramnya, penyanyi lagu 7 Nasihat itu memaklumkan hebahan poster yang berlangsung di sebuah dewan universiti pada April depan adalah palsu.

“Perhatian. Saya tidak terbabit dengan acara ini dan juga tidak berada di tempat yang dinyatakan pada tarikh tersebut.

“Kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai hal ini, diminta supaya nama dan gambar saya tidak digunakan kerana saya tidak terbabit.

“Saya sangat berharap agar perkara palsu seperti ini tidak dibuat main-main oleh pihak terbabit,” tulisnya.

Selain Siti, gambar penyanyi lain seperti Amy Search, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Aweera dan Cakra Khan turut tertera di atas poster berkenaan.

“Penyanyi lain yang ada gambar dan nama, saya tidak pasti terlibat atau tidak.

“Tetapi, saya memang tidak pernah membuat atau menerima undangan ini,” tulisnya. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *