Isteri Ditikam 24 Kali Selepas Membelek Telefon Suami Dakwa Ada Hubungan Lain

Seorang bekas jurubahasa mahkamah telah dipenjara selama 6 bulan pada Isnin (2 Mac) kerana menikam isterinya.

Lelaki yang berusia 72 tahun itu telah mengaku bersalah atas satu pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia 66 tahun telah membelek telefon bimbit milik tertuduh semasa dia sedang mandi di rumahnya pada 23 November, 2018.

Mangsa sempat membaca beberapa mesej yang terdapat dalam telefon bimbit tertuduh dan percaya bahawa suaminya itu mempunyai hubungan dengan perempuan lain.

Selepas selesai mandi, tertuduh keluar daripada bilik air bersama dengan sebuah baldi yang berisi pakaian kotor dan terus menuju ke mesin basuh bersama baldi tersebut.

Semasa mereka di dapur, mangsa mula bertanya kepada tertuduh berkenaan mesej yang dibacanya itu untuk mengetahui dengan siapa suspek bermesej.

Tertuduh menegaskan bahawa perempuan itu adalah pelanggannya. Mereka kemudiannya dilaporkan bertengkar selepas daripada itu.

Tertuduh yang tidak dapat mengawal kemarahan bertindak memukul kepala isterinya itu berulang kali dengan baldi tersebut sehingga ianya pecah menjadi tiga.

Dia kemudiannya mengambil sebilah pisau daripada sinki dan terus menikam isterinya itu sebanyak 13 kali di bahagian lengan, enam kali di bahagian punggung dan lima kali di belakangnya, tulis dokumen daripada mahkamah.

Mangsa tidak mampu untuk bertindak balas, kata pendakwa.

Tertuduh akhirnya membuang pisau itu di dapur dan terus menghubungi polis.

Mangsa telah digegaskan ke Sengkang General Hospital oleh ambulans dengan pelbagai kesan luka di tangan, punggung serta belakangnya.

Mangsa mengalami 24 kecederaan hasil daripada 24 tikaman yang dilakukan suaminya itu dengan menggunakan pisau dapur yang mempunyai bilah sepanjang 16cm.

Peguambela T M Sinnadurai menyatakan kepada mahkamah bahawa kliennya itu kini bekerja sendiri dan masih lagi bersama isterinya, ianya benar-benar menyedihkan.

“Tertuduh mengakui bahawa tindakannya itu berpunca kerana kemarahan,” katanya. “Ini adalah parut yang akan kekal bersamanya sepanjang hayat.”

Beliau turut menambah bahawa tertuduh mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan bersama isterinya dan telah bekerja sebagai jurubahasa rasmi sepanjang 20 tahun yang lalu.

Menurutnya lagi, kliennya itu telah menyertai satu program kaunseling secara sukarela untuk membantu dirinya sendiri.

Untuk dakwaan menyebabkan kecederaan secara sengaja dengan menggunakan senjata berbahaya, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda. Tertuduh tidak boleh disebat kerana umurnya telah melebihi 50 tahun.

Sumber: CNA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *