77 Kematian Akibat Wabak Covid-19 Di Iran

Pasukan perubatan Iran merawat pesakit dijangkiti Covid-19 di sebuah hospital di Tehran.

Seoul: Iran kini menjadi negara yang mencatatkan kes kematian akibat wabak Covid-19 tertinggi selepas China dengan 77 individu maut selain jumlah jangkitan mencecah 2,336.

Timbalan Menteri Kesihatannya, Alireza Raisi berkata, daripada jumlah itu 835 kes baharu yang dicatatkan semalam.

Dalam pada itu, kes Covid-19 di Korea Selatan mencecah 5,000, sekali gus menjadikan ia negara kedua tertinggi yang mencatatkan jumlah keseluruhan kes.

Setakat pagi semalam, Pusat Kawalan Penyakit Korea Selatan mengesahkan 4,812 kes di negara berkenaan.

Selain itu, dua lagi maut menjadikan 28 mangsa meninggal dunia akibat Covid-19.

Beberapa acara seperti konsert K-pop hingga perlawanan sukan ditangguhkan atau dibatalkan.

Sementara itu, cuti bagi sekolah dan tadika di seluruh negara dilanjutkan untuk tiga minggu lagi. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *