12 PATI Ditahan Cuba Masuk Sabah

Anggota polis marin melakukan pemeriksaan penumpang di dalam perahu jongkong.

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilaya 4 Sandakan menahan 12 warga asing yang cuba menyeludup masuk ke negeri ini menerusi perairan Tanjung Aru, malam tadi.

Turut ditahan adalah dua juragan warga Filipina  berusia 21 dan 51 tahun dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu.

Dua juragan bersama 12 PTI ditahan oleh PPM Sandakan.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Pajeri Ali, berkata sepasukan anggota PPM menahan dua bot dalam keadaan mencurigakan susulan maklumat orang awam.

“Siasatan mendapati semua penumpang mengaku datang dari Filipina dengan membayar sebanyak 9, 500 peso setiap penumpang kepada juragan.

“Semua warga asing yang berusia tujuh hingga 60 tahun itu ditahan dan dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Pajeri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan kegiatan penyeludupan migran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *