Warga Emas Hilang Ketika Bersiar

Kinduoh Sampidoh hilang sejak Ahad lalu. Foto Ihsan Pembaca

KOTA BELUD: Seorang lelaki warga emas lelaki dilaporkan hilang sejak 1 Mac lalu ketika bersiar-siar di Kampung Kebidahan, Kota Belud, di sini.

Kinduoh Sampidoh, 60, dikatakan keluar rumah pada 6 pagi dan tidak pulang sehingga hari ini.

Operasi mencari. Foto Ihsan Pembaca

Anaknya, Edah Kinduoh, 29, berkata bapanya mengalami masalah mental selepas terjatuh dari pokok kelapa pada 2015.

“Kebiasaannya setiap pagi ayah hanya berjalan-jalan di sekitar kampung dan pulang pada waktu senja namun kali ini penduduk memaklumkan melihat dia berdekatan jalan raya sebelum ke Sungai Kebidaan,” katanya.

Menurutnya, sehubungan itu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud petang semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, operasi mencari mangsa dijalankan jam 9.30 pagi ini bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan penduduk kampung.

Mohd Zaidi berkata, operasi mencari belum menemukan sebarang petunjuk setakat ini dan mangsa kali terakhir dilaporkan dilihat memakai baju lengan pendek berwarna biru dan seluar pendek berwarna coklat.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan mangsa boleh hubungi IPD Kota Belud di talian 088-976600. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *