Penjaja Makanan Di Sarawak Menang Loteri RM26.4 Juta

Sekadar Gambar Hiasan

KUCHING: Seorang penjaja makanan berusia 67 tahun dari Sarawak memenangi Toto 4D Jackpot berjumlah RM26.4 juta pada 26 Februari selepas bermimpi mengenai nombor yang pernah dimenangi beberapa tahun lalu.

Pemenang bertuah yang datang mengambil wang kemenangannya di ibu pejabat Sports Toto, berkata, set nombor yang ‘9958’ dan ‘5198’ diambil dari mimpi tersebut.

“Walaupun saya tidak dapat lagi ingat mimpi itu, saya masih membeli nombor set yang sama setiap kali saya membuat taruhan.

“Bekerja sebagai penjaja makanan adalah susah dan saya selama ini memang mahu bersara awal kerana semua anak saya sudah bekerja. Ia ternyata hadiah persaraan yang amat hebat sekali bagi saya untuk memenangi cepu emas ini,” katanya.

Pemenang itu menyampaikan berita baik tersebut kepada keluarganya sejurus selepas dia menyemak keputusan pada malam Rabu.

“Kami sangat teruja dan kami memutuskan untuk terbang ke Kuala Lumpur keesokan hari selepas cabutan supaya kami dapat mengambil wang kemenangan secepat mungkin,” katanya.

Pemenang itu berkata, beliau biasanya membelanjakan RM10 hingga RM20 bagi satu cabutan dan beliau tidak pernah lupa membelanjakan RM2 lagi untuk permainan Toto 4D Jackpot yang pada akhirnya membolehkannya memenangi RM26,409,196.15

Beliau menambah, beliau merancang untuk membahagi sebahagian kekayaannya itu dengan anak-anaknya dan menyimpan baki untuk persaraannya.

Sumber: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *