Ibu Gantung 2 Anak Sampai Mati

Conner dan Brinley dipercayai dibunuh ibu mereka sendiri. FOTO Agensi Agensi

Seorang ibu di Pennsylvania, Amerika Syarikat didakwa membunuh dua anaknya dengan cara menggantung mangsa sehingga mati.

Malah, dia dikatakan melakukan seks luar tabii dengan anjing peliharaannya.

Ketika ditahan, Lisa Snyder, 37, memberitahu pihak berkuasa anaknya Conner, 8, dan Brinley, 4, pernah mengugut membunuh diri.

Bagaimanapun, rekod menunjukkan bahawa Snyder ada melakukan pencarian Google berhubung ‘karbon monoksida di dalam kereta, berapa lama boleh mati’.

Selain itu, dia turut melakukan pencarian di Internet berhubung ‘gantung diri’, beberapa minggu sebelum kanak-kanak itu ditemui mati di rumah mereka.

Dia kini dituduh di mahkamah atas tuduhan membunuh.

Mirror Online melaporkan wanita itu dipercayai berhasrat untuk membunuh diri selepas membunuh kedua-dua anaknya.

Bagaimanapun, seorang saksi memberitahu mahkamah bahawa wanita itu sempat mengakui melakukan perbuatan terbabit.

Pihak pendakwaan percaya Snyder satu-satunya orang dewasa yang berada di dalam rumah berkenaan ketika kejadian pada September tahun lalu.

Ketika pemeriksaan, polis turut menjumpai gambar menunjukkan Snyder melakukan seks luar tabii dengan anjing peliharaannya.

Pendakwaan percaya Conner dan Brinley kanak-kanak yang gembira dan ibunya hanya membuat keadaan mangsa mati seolah-olah seperti kes bunuh diri.

Dalam pada itu, rekod menunjukkan mahkamah pernah mengarahkan dua beradik itu diambil daripada jagaan ibu mereka pada 2014.

Namun mereka dipulangkan kepada ibu mereka selepas beberapa bulan.

Ketika ini, Snyder ditahan di dalam lokap sementara menanti keputusan perbicaraan kes itu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *