Penuntut Warga British Mangsa Cabul

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seorang penuntut warga British menempuh detik hitam apabila dicabul seorang lelaki yang baru dikenalinya ketika dihantar pulang ke sebuah hotel di Sepanggar, Kota Kinabalu di sini, semalam.

Sebelum kejadian remaja perempuan berusia 19 tahun bersama tiga rakannya mengunjungi sebuah pusat hiburan di bandar raya ini, kira-kira jam 11 malam.

Mangsa kemudian berkenalan dengan dua lelaki tempatan sebelum salah seorang lelaki itu menghantarnya pulang ke sebuah hotel di Sepanggar, kira-kira jam 3 pagi.

Ketika dalam perjalanan itu, suspek yang memandu kereta Perodua Axia bertindak mencabul dengan meraba paha mangsa.

Akibat perbuatan suspek itu, mangsa meminta suspek supaya memberhentikan kenderaan sebelum dia melarikan diri dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti lelaki terbabit.

“Polis sedang mengesan suspek terbabit berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *