Liga Super: Sabah, PDRM Raih Mata Pertama

Aksi pemain pemain PDRM, Christopher Keli (kanan) diasak pemain Sabah, Randy Baruh pada perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dua pendatang baharu Liga Super, PDRM dan Sabah meraih mata pertama musim ini selepas terikat tanpa jaringan dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Kegagalan jentera serangan kedua-dua pasukan itu menyudahkan beberapa peluang terhidang menyaksikan mereka sekadar berpuas hati dengan satu mata.

Foto MFL

Di Jengka, nasib sama turut menimpa FELDA United dan PJ City selepas aksi di Stadium Tun Abdul Razak berkesudahan 1-1.

Jaringan pembukaan perlawanan hanya terhasil selepas 47 minit permainan apabila rembatan leret Arif Farhan berjaya meletakkan FELDA United berada di depan.

Pemain Felda United, Ryutaro Megumi cuba melepasi pemain PJ City, pada perlawanan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, malam ini. – Foto BERNAMA

PJ City mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-65 selepas mendapat sepakan penalti, namun peluang itu gagal disempurnakan Aboubacar Camara.

Kekecewaan itu bagaimanapun ditebus Mahali Jasuli apabila bekas pemain Selangor itu meledak gol penyamaan pada minit ke-74.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *