(VIDEO) Tian Chua Ditampar Penyokong PKR

Tian Chua diserang ketika mahu meninggalkan Ibu Pejabat PKR

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Tian Chua ditampar dan dibaling botol minuman penyokong parti berkenaan dalam kejadian di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Penyokong parti berkenaan dipercayai tidak berpuas hati kepada Tian Chua yang dilihat cenderung kepada kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selain menjerit ‘pengkhianat’ kepadanya ketika mahu meninggalkan pejabat berkenaan selepas mesyuarat.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan Setiausaha PKR Selangor Mohd Razlan Jalaluddin turut diserang kumpulan penyokong parti berkenaan di lokasi sama.

Kebanyakan penyokong PKR dilihat berang dan menjerit perkataan ‘pengkhianat’ kepada kedua-dua individu berkenaan.

Bagaimanapun situasi selama 10 minit itu berjaya dikawal beberapa individu dari kumpulan otai reformis.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *