Muhyiddin Paling Banyak Khianati Saya, Kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Berbanding Azmin Ali, bagi Dr Mahathir Mohamad, ‘luka’ lebih dalam dirasainya berpunca daripada tindakan Muhyiddin Yassin yang diberi kepercayaan menjadi presiden Bersatu selepas mereka diketepikan dari Umno beberapa tahun lalu.

Ditanya semasa berdepan dengan media di Yayasan Albukhary di Kuala Lumpur hari ini, Mahathir berkata, Azmin memang memiliki agenda tersendiri dan pada masa sama, Muhyiddin menyusun perancangan yang akhirnya berjaya.

“Dia (Azmin) mempunyai agenda sendiri. Saya rasa dikhianati, paling banyak oleh Muhyiddin.

Beliau (Muhyiddin) merancang ini untuk masa yang lama dan kini dia berjaya,” katanya.Iklan

Ketika Mahathir – yang dilantik Yang di-Pertuan Agong sebagai perdana menteri sementara – berkata, Muhyiddin dan penyokongnya sedang menuju ke Istana Negara bagi menghadiri acara angkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan Malaysia.

Terdahulu Mahathir ditanya sama ada beliau berasa marah atau tidak dengan tindakan Azmin yang memulakan gerakan bersama 10 ahli parlimen lain meninggalkan PKR Ahad lalu.

Ia membawa kepada pengumuman dibuat Muhyiddin bahawa Bersatu tidak lagi bersama gabungan PH dan akhirnya menjatuhkan kerajaan yang diasaskan pada 8 Mei 2018.

Untuk rekod sebelum ini Muhyiddin ialah timbalan kepada Najib Razak yang menjadi perdana menteri sehinggalah skandal 1MDB didedahkan, menyaksikan ahli parlimen Pagoh itu mengkritik kepemimpinan Umno.

Perselisihan itu membawa kepada penubuhan Bersatu yang kemudian dibawa menyertai PH. Gabungan itu berjaya memperoleh sokongan majoriti pengundi semasa PRU14 lalu membentuk kerajaan pusat, serta kebanyakan negeri.

Najib kemudian didakwa di mahkamah atas puluhan tuduhan membabitkan rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa. Kes itu sedang dibicarakan di mahkamah. – MalaysiaKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *