Anwar Tolak Kerajaan Berasaskan Kaum

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan menerima sebarang pembentukan kerajaan berasaskan perkauman.

Katanya, Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum dan perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah rakyat.

“Saya sentiasa percaya dan berpegang kepada hak rakyat iaitu.. rakyat yang hidup susah perlu diberi keutamaan,” katanya di Ibu Pejabat PKR, sebentar tadi. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *