‘Saya Kini Pangku Jawatan Pengerusi BERSATU’ – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau kini memangku jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), susulan keputusan Tun Dr Mahathir Mohamad berundur daripada jawatan itu pada 24 Februari lalu.

Muhyiddin berkata, tugas memangku jawatan tertinggi parti itu, selaras Fasal 16.9 perlembagaan BERSATU, yang menyatakan bahawa jawatan pengerusi akan kekal kosong sehingga pemilihan semula diadakan.

“Jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih pengerusi baharu.

“BERSATU belum mengadakan pemilihan untuk memilih pengerusi yang baharu, justeru saya selaku presiden memangku jawatan Pengerusi BERSATU sehingga pemilihan diadakan kelak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *