Saya Bersyukur Kepada Allah – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur kepada Allah dianugerahkan jawatan Perdana Menteri kelapan dengan izin Yang di-Pertuan Agong,”.

Demikian kata-kata Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui di kediamannya di Bukit Damansara, di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, dia menjunjung kasih atas perkenan YDPA dan mereka yang memberi sokongan moral kepadanya.

“kita pun berisitiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah diberikan Allah kepada saya.

“Saya hanya memohon untuk seluruh rakyat Malaysia menerima keputusan diumumkan Istana Negara hari ini.

“Saya dimaklumkan bahawa majlis mengangkat sumpah, ikut makluman diberitahu akan diadakan di hadapan YDPA esok pagi 10.30. Jadi saya akan berada di Istana Negara esok,” katanya. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *