Tusuk Kemaluan Ibu Mertua Guna Gunting Hingga Mati

Menantu setan. Itu dapat menggambarkan seorang lelaki yang merodok kemaluan ibu mentuanya menggunakan gunting hingga mati, selepas gagal meminjam wang 3 juta rupiah (RM900) daripada mangsa.

Bukan saja itu, suspek, Totok Dwi Prasetyo, 25, dari Sidoarjo mencekik dan menghentak badan wanita itu, Siti Fadilah ke lantai.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan Ketua Polis Sidoarjo, Sumardji menggambarkan perilaku suspek sebagai keji dan ‘jahanam.’

Tribunnews melaporkan kejadian ngeri itu berlaku ketika suspek yang juga bapa anak satu pergi ke rumah mentuanya di Desa Ganting, pagi Rabu lalu.

Lelaki itu mahu meminjam wang 3 juta rupiah daripada wanita itu.

Bagaimanapun, ibu mentuanya enggan meminjamkan wang kepadanya.

Ia menyebabkan lelaki itu mencekik sebelum menghempas badan wanita itu ke lantai.

Selepas mangsa lunyai dibelasah, suspek memukul belakang kepala mangsa dengan menggunakan replika mini kapal daripada seramik.

Tidak berpuas hati lagi, suspek mengheret mangsa ke dapur dan memukul kepala wanita itu menggunakan tong gas.

Kemudian suspek mengambil gunting dan merodok dada hingga terkena jantung dan kemaluan wanita itu.

Selepas wanita itu meninggal dunia, suspek mengambil barangan milik mangsa seperti gelang, cincin emas, telefon bimbit serta kad bank.

Dia kemudian mengunci pintu rumah itu dari luar dan meninggalkan kediaman berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan pantas polis berjaya memberkas lelaki itu di rumahnya di Perum Pasegan Asri, Sidoarjo, tidak sampai 24 jam selepas kejadian. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *