Mahathir Bukan Lagi Pengerusi Bersatu, Kata Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Isu pelantikan perdana menteri baru menunjukkan putaran baru apabila calon yang dicadangkan Bersatu, Muhyiddin Yassin, menyanggah Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kenyataan ringkas dikeluarkan selepas beliau dan rombongannya keluar dari Istana Negara sebentar tadi, Muhyddin berkata, Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu pada 24 Feb lalu.

Justeru, kata bekas timbalan presiden Umno yang kemudian menubuhkan Bersatu itu, jawatan tersebut kini dipangku beliau.

“Menurut Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu, jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih pengerusi baru,” katanya.Iklan

Kenyataan itu dilihat bercanggah dengan ketetapan dibuat Bersatu sebelum ini yang mengumumkan Mahathir bersetuju untuk dilantik semula sebagai pengerusi parti terbabit.

Ia dibuat beberapa jam selepas Mahathir mengumumkan beliau mendapat sokongan ahli parlimen mencukup untuk dicalonkan sebagai perdana menteri kepada Agong pagi tadi.

Sumber: MalaysiaKini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *