Pilihan Raya Tergempar Akan Diadakan Jika Dewan Rakyat Gagal Pilih PM Baharu

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi memaklumkan Persidangan Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac ini bagi memilih Perdana Menteri yang baharu.

Bagaimanapun katanya, Pilihan Raya Tergempar akan diadakan sekiranyan persidangan tersebut gagal memilih Perdana Menteri baru.

Mahathir juga berkata, Yang Dipertuan Agong mendapati tiada mana-mana pihak mempunyai majoriti ketara ketika ini.

Perkara berkenaan dimaklumkan kepada media selepas beliau mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *