Guru Agama Ditahan Cubaan Menculik

Zulkifli ditahan polis kerana cubaan menculik anak muridnya. Foto Agensi

Tindakan seorang guru agama yang membawa anak muridnya tanpa kebenaran membawa padah apabila ditahan atas cubaan menculik kanak-kanak itu.

Detik News melaporkan polis menahan suspek dikenali sebagai Zulkifli Alfujari, 26, di daerah ini selepas menerima laporan lelaki itu melarikan kanak-kanak berkenaan dari selatan Sumatera.

Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Magetan Sukatni mengesahkan, penahanan lelaki itu.

“Suspek mengaku membawa mangsa yang masih di bawah umur itu.

“Mangsa diajak suspek berjalan keliling di beberapa daerah tanpa izin ibu bapa mangsa.

“Daripada keterangan suspek, dia membawa kanak-kanak itu sebagai satu daripada proses pembelajaran untuk memberi pengalaman kepada mangsa merasai suasana keagamaan,” katanya.

Menurutnya, suspek dibawa ke sebuah pusat penahanan di daerah Magetan sebelum dihantar ke Balai Polis Banyuasin untuk tindakan selanjutnya.

“Polis Magetan juga menyita sebuah kenderaan berwarna hijau muda yang digunakan suspek untuk membawa mangsa dari wilayah Banyuasin ke Magetan,” katanya.

Difahamkan, ketika ditahan lelaki itu membawa beberapa kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam sebuah kenderaan.

Sebelum ini, bapa seorang daripada mangsa itu membuat laporan di Balai Polis Banyuasin anaknya hilang selepas dibawa Zulkifli sejak 11 Februari lalu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *