Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak Meninggal Dunia

Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak.

PETALING JAYA: Bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan oleh tentera pada 2011 meninggal dunia di Kaherah pada usia 91 tahun, kata laporan BBC.

Mubarak memegang jawatan itu selama 3 dekad sebelum pemberontakan popular melanda Mesir.

Beliau didapati bersalah atas keterlibatan dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa revolusi. Pensabitan itu diterbalikkan dan beliau dibebaskan pada Mac 2017.

Kematian beliau disahkan media rasmi hari ini. Sebelum itu, laman Al-Watan melaporkan beliau meninggal dunia di sebuah hospital tentera.

Mubarak menjalani pembedahan pada hujung Januari. Anak lelakinya, Alaa pada Sabtu berkata Mubarak dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *