PH Sudah Berakhir

Annuar hadir ke Majlis Makan Malam: Muafakat Ahli Parlimen. Foto Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: UMNO membayangkan Pakatan Harapan (PH) sudah berakhir sekali gus mengesahkan parti itu mungkin membentuk gabungan baharu dengan Bersatu dan PAS.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, gabungan antara Pakatan Harapan iaitu Bersatu, PKR, DAP, Amanah mungkin berakhir.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengumuman mengenai perkara itu akan diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pembentukan Pakatan baharu perlu mengikut perlembagaan dan (perkenan) Agong.

“Akan ada mesyuarat lagi selepas ini bersama Tun Dr Mahathir, kesimpulannya tunggu PM (Perdana Menteri) umum pakatan baharu itu,” katanya.

Menurutnya, UMNO masih sebuah parti walaupun membentuk gabungan baharu bersama parti lain.

“UMNO akan kekal sebagai parti politik,” katanya.

Ditanya adakah PH sudah berakhir, Annuar seolah-olah mengesahkannya.

“Saya rasa begitu,” katanya.

Annuar turut mengesahkan sokongan yang diterima cukup untuk membentuk kerajaan baharu itu.

“Kita mencapai dua pertiga sokongan daripada ahli parlimen yang ada,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *