Lelaki Maut Kereta Terputus Dua Dalam Kemalangan Di Jalan Tuaran

Kenderaan dinaiki dua beradik terputus dua selepas merempuh pembahagi jalan dan pokok di di Jalan Tuaran-Kota Kinabalu di Kampung Bakut, Tuaran.

TUARAN: Seorang lelaki maut apabila Perodua Kancil dipandu terputus dua selepas merempuh pembahagi jalan dan pokok di Jalan Tuaran-Kota Kinabalu di Kampung Bakut di Tuaran, pagi ini.

Kejadian jam 11.05 pagi itu menyebabkan Azahari Azmi, 22, yang tersepit itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya yang 12 tahun patah tangan kanan.

Kenderaan dinaiki dua beradik terputus dua selepas merempuh pembahagi jalan dan pokok di di Jalan Tuaran-Kota Kinabalu di Kampung Bakut, Tuaran.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Bulatan Berungis Tuaran menghala ke Kota Kinabalu itu hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan dan sebatang pokok.”

“Akibat rempuhan, kereta terputus dua manakala pemandu tersepit dan mengalami parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang tiba lokasi kejadian,” katanya.

Kenderaan dinaiki dua beradik terputus dua selepas merempuh pembahagi jalan dan pokok di di Jalan Tuaran-Kota Kinabalu di Kampung Bakut, Tuaran.

Menurutnya, polis juga masih menyiasat sama ada kereta dinaiki dua beradik itu adalah kereta potong atau sebaliknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.53 pagi dan seramai lapan anggota bergegas ke lokasi bersama dua jentera.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas namun disahkan meninggalkan dunia,” katanya operasi tamat jam 1.14 tengah hari.

Sumber: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *