Abang Johari, Mohd Shafie Ke Istana Negara

KUALA LUMPUR: Mesyuarat membabitkan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) berakhir kira-kira jam 6 petang tadi.

Difahamkan, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang turut hadir pada mesyuarat itu kemudian terus menuju ke Istana Negara.

Kelibat Abang Johari dan Mohd Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) meninggalkan hotel bagaimanapun tidak dapat dikesan kerana dipercayai menggunakan laluan lain untuk mengelak ditemui wakil media.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *