KFC Malaysia Tawar Promosi RM20 Untuk 2 Snack Plate Kombo Esok

Sebut sahaja ayam goreng pastinya sudah terbayang KFC Malaysia. Kami bukan ingin beritahu menu terbaharu tetapi ingin beritahu promosi luar biasa dari KFC Malaysia.

Apa yang gempak sangat dengan promosi KFC kali ini? Anda pasti seperti tidak percaya kerana KFC Malaysia akan tawarkan anda promosi 2 set Snack Plate dengan harga RM20 sahaja. 

Bukan satu tetapi dua set Snack Plate! Adalah diingatkan bahawa promosi ini hanya akan berlangsung selama sehari sahaja iaitu pada hari esok 20 Februari 2020.

Mudah sahaja untuk menebus promosi ini. Anda hanya perlu tunjukkan post KFC ini di kaunter semasa membuat pesanan. Promosi ini akan bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Promosi ini tersedia di kesemua cawangan KFC Malaysia kecuali di Genting Highlands, Mall of Medini dan kesemua lapangan terbang. Paling utama, setiap pelanggan hanya dibenarkan membuat 3 kali penebusan sahaja.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang KFC Malaysia. Jangan lepaskan peluang anda untuk merebut promosi menarik dari KFC Malaysia ini. Rugi andai anda terlepas peluang ini!

Sumber: TheVocket / KFC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *