(VIDEO) Suasana Suram Selubungi Rumah Ashraf Sinclair Ketika Jenazahnya Diusung Keluar

Kematian itu adalah sesuatu yang pasti akan dirasai semua makhluk di muka bumi ini tanpa mengira darjat, harta, atau pun nama.

Hari ini kita telah digemparkan dengan pemergian pelakon terkenal Allahyarham Ashraf Daniel Bin Mohammed Anthony John Sinclair yang dikenali sebagai Ashraf Sinclair telah menghembuskan nafas terakhirnya kerana mengalami masalah jantung.

Beliau yang juga suami kepada seorang penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata bernama Noah Sinclair.

Menerusi perkongsian di Twitter Bernama, kelihatan suasana suram menyelubungi perkarangan rumah arwah ketika jenazahnya diusung masuk ke dalam van jenazah.

Ibu bapanya Mohamed Anthony John Sinclair dan Khadijah Abdul Rahman telah tiba di kediamannya di Jakarta Selatan.

Jenazah Allahyarham Ashraf Sinclair akan dikebumikan di Taman Peringatan San Diego Hills, Jawa Barat selepas Asar.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempat bersama orang-orang beriman.

Sumber: Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *