(VIDEO) “Dia Adalah Penderma Tetap,” Pengurus Yayasan Anak Yatim Dedah Kebaikan Ashraf Sinclair

Semasa hidupnya, Ashraf Sinclair dikenali sebagai seorang lelaki yang murah hati. Dia juga menjadi penderma kekal di Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman.

Menurut Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib, ketika ditemui di rumah pengebumian, dia dan anak-anak yatim piatu yang lainnya merasa sangat kehilangan sosok Ashraf Sinclair. Mereka masih lagi tidak mempercayai bahawa suami Bunga Citra Lestari itu telah pergi buat selamanya.

“Beliau sangat akrab, baik hati, dan tidak segan menyapa. Kami sangat merasa kehilangan saat mendapat berita duka ini,” kata Ahmad Habib.

Ashraf Sinclair kerap pergi ke yayasan yatim piatu itu dan kali terakhir beliau ke sana adalah pada dua bulan yang lalu.

Ashraf meninggal dunia pada usia 40 tahun awal pagi ini. Bersama dengan Bunga Citra Lestari, beliau dikurniakan dengan seorang anak yang bernama Noah.

Dia akan datang dengan sangat kerap. Setiap kali dia mendapat rezeki, dia akan datang dan berkongsikan rezeki kepada kami.

Dua bulan yang lalu, kami masih bersahabat.

Sumber: detikhotbeepdo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *