Mohon Jasa Baik Orang Ramai Bantu Jejak Adik Siti Nadiah

LAHAD DATU; 18 FEBRUARI 2020 (Selasa) – Polis meminta jasa baik orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung seorang remaja perempuan bernama Siti Nadiah binti Mohd Zulben berumur 16-tahun yang dipercayai telah keluar dari rumahnya di Kampung Unta Jalan Bakawali, Lahad Datu pada 15 februari lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata, ibu kepada adik Nadiah iaitu Rojiah Binti Harun telah membuat laporan polis di daerah Lahad Datu tentang ketiadaan anaknya sejak tiga hari lalu pada kelmarin dan pihaknya meminta orang ramai agar tampil membantu sekiranya mengetahui keberadaan adik Nadiah.

Katanya, ibu remaja tersebut ada menyatakan bahawa anaknya keluar dari rumah kira-kira pukul 10-pagi dipercayai disebabkan merajuk selepas dimarahi ibunya.

Mengulas lanjut, ibu remaja terbabit turut berusaha mencari anaknya namun masih gagal menjumpai dimana keberadaan anaknya sehinggalah ibunya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

ACP Nasri berkata, hasil siasatan dilakukan, ibu remaja tersebut dikesan telah tiada di rumah semasa ibunya pulang ke rumah dari menghantar seorang lagi anaknya ke sekolah di sekolah Pekan 1, kira-kira pukul 10.30 pagi.

Katanya, semasa nenek remaja tersebut menyatakan bahawa adik Nadiah tiada di bilik tidur dan ibunya turut memeriksa di ruang bilik tidur dan remaja tersebut telah disahkan tiada di rumah.

Remaja tersebut dipercayai turut membawa telefon bimbit, bagaimanapun sehingga kini masih gagal dihubungi dan mengikut pengamatan ibunya, adik Nadiah tidak mempunyai teman lelaki dan merupakan seorang yang pendiam serta kurang bergaul selain tidak memiliki ramai kawan.

Siasatan lanjut turut mendapati remaja terbabit dipercayai hanya mempunyai seorang kawan sahaja iaitu jiran sebelah rumahnya yang juga tidak tahu dimana keberadaan adik Nadiah.

ACP Nasri berkata, remaja tersebut dikatakan tidak lagi bersekolah sejak berumur 12-tahun disebabkan faktor keadaan keluarga yang tidak mampu menyekolahkannya.

Katanya, pihak Polis meminta jasa baik orang ramai yang mempunyai maklumat keberadaan adik Siti Nadiah bolehlah berhubung kepada pihak polis di balai polis Lahad Datu atau mana-mana balai polis berhampiran.

SumbeR: #BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *