Kita Mahu Kiulu Juga Akan Ada Hotel – Madius

Memento…. Madius (kanan) menerima cenderakenangan berupa lukisan air terjun Kg Lokos

KIULU: Sekurang-kurangnya sebuah hotel akan dibina untuk memangkin pembangunan terutama industri perlancongan di sini tidak lama lagi.

“Kawasan Parlimen Tuaran adalah satu-satunya daerah yang ada dua hotel bertaraf lima bintang di luar daripada Bandaraya Kota Kinabalu. Kita mahu Kiulu juga akan ada hotel,” kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Madiustertarik dengan salah satu objek pameran dalam program pagi tadi

“Kita sedang mengusahakan perkara ini; saya berharap hotel (di Kiulu) itu akan dibina secepatnya,” tambah beliau.

Madius, yang juga merupakan ahli Parlimen Tuaran, berkata kawasan beliau sudah ada Nexus Resort and Spa Karambunai dan Shangri La’s Rasa Ria Resort and Spa, kedua-duanya bertaraf lima bintang, serta beberapa buah hotel lagi.

“Dua lagi hotel lima bintang sedang dibina…. akhirnya kita berharap Tuaran akan ada sekurang-kurangnya lima hotel yang berstatus tinggi,” kata beliau lagi.

Madius berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas ucapan semasa merasmikan Program Jelajah Taklimat dan Pameran Rizab Biosfera Banjaran Crocker (RBBC) Daerah Tuaran di sini pagi tadi.

Beliau berbesar hati kerana ramai pelabur yang berminat untuk serta sama membangunkan Tuaran termasuk membina hotel di Kiulu yang akan memantapkan lagi prasarana Kiulu yang sudah pun diluluskan menjadi Daerah Kecil.

Pasukan Bakut memenangi pertandingan futsal wanita mengalahkan enam pasukan lain

Terdahulu, Madius memuji usaha Taman-Taman Sabah, dengan kerjasama pelbagai jabatan, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan yang satu hati menganjurkan jelajah demi kelestarian alam sekitar. Ia dihadiri lebih 300 orang.

RBBC di Tuaran merupakan rizab yang terbesar berbanding daerah-daerah lain, serta menjadi tadahan air untuk kegunaan masyarakat bukan sahaja di Tuaran tetapi Kota Kinabalu.

Pelbagai aktiviti diadakan dalam jelajah itu, termasuklah acara sukan, taklimat mengenai pengurusan tadahan air, perikanan, pertanian, perhutanan dan servis serta perkhidmatan.

Turut hadir PPM Kiulu, Suali Sikir, pengarah Taman-Taman Sabah Dr. Maklarin Lakim, setiausaha Pusat Diversiti Sabah Gerald Jetony, dan wakil daripada Pejabat Daerah.

Madius mengabadikan kenangan selepas menanam pokok Tongkat Ali diperkarangan lokasi tamu Kiulu

Sumber: BeritaSabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *