Kejam!!.. Bunuh Isteri, Siat Anggota Badan Sumbat Ke Lubang Tandas

Robledo (kanan) mengaku membunuh isterinya.

Mexico City: Seorang lelaki di sini bukan sahaja menikam isterinya hingga mati, malah memotong anggota badan dan menyiat kulit mangsa.

Suspek juga dikatakan membuang sebahagian anggota badan mangsa ke dalam lubang tandas.

Daily Mail melaporkan mangsa, Ingrid Escamilla Vargas, 25, dibunuh suaminya, Erik Francisco Robledo, 46, selepas mereka bertengkar.

Lelaki itu mengaku membunuh isterinya selepas polis menjalankan siasatan dan menemui foto serta video kejadian itu.

Berdasarkan keterangan Robledo, dia di bawah pengaruh dadah sebelum mereka bertengkar selepas isteri membangkitkan tabiatnya yang suka minum minuman keras.

Dakwa lelaki itu, ketika pertengkaran, isterinya mahu membunuh dirinya sebelum Robledo mencabar wanita itu menikamnya yang mana wanita itu cuba melakukannya tiga kali.

Lelaki itu berkata, dia mengambil pisau dari tangan isterinya sebelum membenamkan di tekak wanita itu.

Lelaki terbabit seterusnya menyiat kulit mangsa dengan pisau dari wajahnya ke lutut sebelum mengeluarkan usus, mata dan organ dalaman lain.

Dia kemudian menghubungi bekas isterinya dan mengaku membunuh Escamilla.

Dalam pada itu, foto ngeri mayat mangsa diterbitkan menerusi sebuah akhbar tempatan menyebabkan kemarahan kumpulan hak asasi di negara itu.

Susulan kejadian, pihak berkenaan turut mengadakan protes di ibu negara Mexico.

Antaranya, Institut Wanita kebangsaan Mexico mengecam penerbitan foto dan jenayah terbabit.

“Kami gesa media bekerja dengan etika profesional,” kata pertubuhan itu.

Pejabat pendakwa raya Mexico berkata, mereka menyiasat enam pegawai kerajaan untuk mengenal pasti siapa yang mendedahkan imej itu.

Berdasarkan data rasmi, setiap hari, 10 wanita terbunuh di Mexico dengan 2018 muncul sebagai tahun tertinggi golongan itu dibunuh dalam tempoh tiga dekad. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *