Rumah Warga Tua Air Panas Tawau Terima Lawatan Istimewa

Ketua Pegawai Perhubungan P.190 Tawau, Fung Thin Yein ketika menyampaikan bantuan kepada Penghuni Rumah Warga Emas Air Panas Tawau

TAWAU: Penghuni Rumah Warga Tua Air Panas Tawau diraikan dalam satu lawatan oleh Biro Wanita dan Kanak-Kanak Parlimen Tawau di sini baru-baru ini.

Para penghuni turut menikmati makanan seperti bubur ayam masakan sendiri selain pelbagai barangan. Acara itu turut dijayakan bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau.

Para penghuni Rumah Warga Tua Air Panas Tawau merakam gambar kenangan sempena lawatan itu.

Warga-warga emas turut menerima limau mandarin, kek dan angpau daripada sumbangan-sumbangan individu.

Lawatan itu turut mewakili Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew.

Lawatan itu turut sempat membincangkan keperluan rumah kebajikan terbabit bersama Penjaga Rumah Rahman Osman serta Pembantu Pentadbiran Azlin Alias.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Tawau Fung Thin Yein, Setiausaha Steven Chan, Setiausaha Eksekutif Samuel Fung, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Lim Kon Vui dan Kapitan Cina Chin Chong Min. – Utusan Borneo

Biro Wanita dan Kanak-Kanak Parlimen Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *