Penunggang Motosikal Maut Terlanggar Kereta Di Simpang KK Times Square

Keadaan di lokasi kejadian yang menyebabkan kemalangan maut seorang penunggang motosikal awal pagi hari ini.

KOTA KINABALU: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlanggar sebuah kereta Perodua Bezza di Jalan Coastal , berhampiran simpang Simpang KK Times Square di sini hari ini.

Mangsa, Ag Azizi Badar, 26, beralamat di Penampang disahkan maut di tempat kejadian.

Keadaan di lokasi kejadian yang menyebabkan kemalangan maut seorang penunggang motosikal awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kejadian jam 8.15 pagi berlaku apabila pemandu kenderaan dari arah Jalan Wisma Budaya menuju ke hospital berkenaan bagi menghantar penumpangnya.

“Apabila melalui lokasi kejadian motosikal mangsa yang datang dari jalan utama melanggar bahagian sisi kereta pemandu berumur 62 tahun terbabit yang dalam perjalanan keluar dari simpang jalan.

“Impak pelanggaran menyebabkan mangsa tercampak ke bumbung kereta sebelum terjatuh ke jalan raya dan disahkan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian kira-kira jam 8.35 pagi,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai lesen dan kejadian disebabkan kecuaian pemandu kereta yang keluar dari simpang sehingga menyebabkan kemalangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *