RON95 & RON97 Naik 2 Sen, Diesel Naik 6 Sen

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 naik dua sen kepada RM2.06 seliter manakala RON97 naik dua sen kepada RM2.36 seliter dan diesel naik enam sen kepada RM2.14 seliter, mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga berkenaan ditetapkan secara mingguan menggunakan Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM).

Kenyataan itu menyebut, harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh 15 Februari hingga 21 Februari ini.

“Penetapan harga itu selaras keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.

“Namun apabila harga pasaran dunia naik dan demi melindungi pengguna daripada mengalami impak kenaikan harga, harga runcit petroleum akan dikekalkan pada aras tidak melebihi RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi petrol RON95 dan diesel melalui pemberian subsidi,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *